Header Image

[VIDEO] Lima aset pertahanan Sabah musnah terbakar (SABAH)

[VIDEO] Lima aset pertahanan Sabah musnah terbakar  (SABAH)

                          LIMA bot laju milik PGA terbakar di Pengkalan Marin Lahad Datu di sini pagi ini.          

 
Aset terbakar
DUA daripada lima bot laju milik PGA musnah dalam kebakaran di Pengkalan Marin Lahad Datu di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE
 
ANGGOTA bomba menggunakan buih untuk memadam api yang marak membakar lima bot laju milik PGA di Pengkalan Marin Lahad Datu di sini pagi ini.
 

LAHAD DATU 2 Mac, SuaraKaltim.com – Lima bot laju milik Pasukan Gerakan Am (PGA) yang digunakan untuk berkawal di sempadan negara di pantai timur Sabah musnah dalam kebakaran di Pengkalan Marin Lahad Datu di sini pagi ini.

Empat daripada aset pertahanan itu iaitu bot Banggi 27, Vanguard 11, Vanguard 12 dan Cenderawasih musnah sepenuhnya manakala bot Banggi 28 terbakar kira-kira 10 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata, kebakaran tersebut berlaku pada pukul 11.50 pagi ini.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pasukan bomba berjaya memadam kebakaran pada pukul 12.12 tengah hari manakala operasi tamat sepenuhnya 10 minit kemudian.

“Sebanyak 12 anggota digerakkan ke tempat kejadian untuk memadam api. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata jabatan itu. -sk-M-01/ © UtusanOnline/02 Mac 2018 3:11 PM 

Leave a Reply

shares