NORGADIS LABUAN, SASTRAWATI MALAYSIA ASAL LABUAN

Jumat, 16 Februari 2018 | 9:43 am | 729 Views |
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...
                                                                     

 

SUARAKALTIM.Com. Salah satu sastrawati Borneo (Kalimantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei Darussalam), yang juga produktif menulis seperti cerpen dan puisi adalah Norgadis Labuan.

Profil berikut diambil  buku Antologi cerpen Borneo Pilihan Borneo 2012; Aminah Sjoekoer di Atas Kapal Nederland, sultan pustaka, 2013). Sudah sekitar 5 tahun yang lalu.   Sekarang 2018, tentu masih banyak karya dan prestasi yang belum termuat dalam profil di bawah ini. 

Ini sedikit profil Norgadis Labuan dari banyak karya dan prestasi yang sudah diraihnya ;

Foto Norgadis Labuan.
Norgadis Labuan sebelah kiri. foto. dok.pribadi

Norgadis Labuan atau nama sebenar Masmah Binti Mohd Ali, dilahirkan di Kg. Layang-Layangan Labuan pada 03 April 1971. Mendapat pendidikan di SRK  Kerupang, Labuan dan SMK Labuan.

 

Sekitar tahun 1986 hingga tahun 1989 Norgadis menceburkan diri dalam bidang teater dan telah membuat beberapa persembahan untuk sekolah dan juga sempena Hari Guru, Hari Kebangsaan dan Minggu Sastera.

Norgadis yang mempunyai Sijil Airline And Ticketing And Reseruation Course and passed the Basic Examination ini, pernah menjadi wartawan bebas Akbar Sabah Times pada tahun 1990.

Norgadis pernah menjadi guru sambilan pada tahun 1992 dan 1993 di SRK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan.

Mula menceburi bidang penulisan dalam ganre puisi pada tahun 1986 dan berjinak-jinak pula dalam ganre cerpen pada tahun 1991.

Karya beliau pernah tersiar di Akbar Nadi Labuan, Wardah, Jendela Sabah, Dewan Sastera dan Labuan FM. Disamping itu puisi dan cerpen beliau turut dimuatkan didalam beberapa antologi bersama penulis lain.Di antaranya, Antologi Puisi Peta Seniman (1998), Antologi Puisi Tasbih Rindu (1998) dan sejumlah antologi lainnya.

Sepanjang penglibatan dalam bidang penulisan telah menerima hadiah dan penghargaan. Sejumlah cerpennya memenangi sayembara, di antaranya cerpen yang berjudul: Tumbangnya Si Pulai telah mendapat hadiah penghargaan pertama Sayembara Menulis Cerpen IV dan Puisi II 1992, anjuran PERWILA dan Petronas.

Puisi Bicara Buat Adikku mendapat hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Remaja 1997, tajaan Dr. Harun Hj. Pudin. Norgadis Labuan juga mendapat penghargaan daripada Lembaga Pembangunan Labuan diatas kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan 1st Labuan Commercial Directory.

 

Beliau juga mendapat penghargaan daripada Telekom Malaysia atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran Telekom Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Wil Per Labuan 2002. Dan beliau juga menerima Warkah Penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tinta Emas pada 08 Mei 2003, di Pacific Sutera, Kota Kinabalu atas sumbangan beliau dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. (disadur dari buku Antologi cerpen Borneo Pilihan Borneo 2012; Aminah Sjoekoer di Atas Kapal Nederland, Sultanpustaka, 2013).

 

Related Post